Rehat sebentar bersama kitkat,
Truly fake, isn't it? HAHAHAHA

Sunday, February 7, 2010

Menggedik




aku rasa abang aircond yang datang rumah aku tadi macho.

tinggi lampai, tak kurus tak gemuk. tak lembik yang penting.

perut sedikit terkedepan. six pack yang melampau mungkin. T__T

rambut sedikit kaler oren. inai kut. hekhekhek

suara garau. memukau.

tibatiba, telefon dia berdering.

nampak macho sahaja bila anak matanya memandang skrin telefon sambil tersenyum.







"hai ayang, anak kat rumah cane? dah baik demam?"



OK. Tak jadi aku nak menggedik.




p/s: tolong lah abaikan entri geli aku ni

Saturday, February 6, 2010

mungkin sebab tu ramai orang kata aku pelik

sepanjang satu hari ni, aku lepak subang parade.
maaf ye. bukan lepak. tapi terpaksa lepak.
ya. aku tau subang parade tu bosan kawankawan.
dah jutakali ko ulang ayat "subang parade tu ada apa do? bosan a,"
ya. aku pun tak tahu kenapa aku pergi sana.
(sebenarnya, aku ada appointment facial. so fahamfaham lah)

bagi aku subang parade not that bad lah.
ok ah kalau nak usha amoi-amoi (bagi lelaki).
dan baju baju parkson yang meleleh-air-hidung aku bila tengok harga dia (bagi perempuan sehati sejiwa aku). geli a ayat.

main turun naik lif dengan famili tersayang.
syok. lif transparent. nampak luar. kira kalau lif tu bergerak keatas, ko rasa macam ko tengah naik solero spaceshot. cuma ni versi lembab punya ah.

paling kelakar bila timing lif sebelah dengan lif yang aku naik bergerak serentak. boleh bayang tak?
tambah lagi kelakar bila tengok ada mat kat lif sebelah cover macho ah. aku tau dia nak tergelak bila perasan lif yang aku naik dengan lif yang dia naik bergerak serentak.
muka dia pandang tempat lain. mulut meleret. tahan senyum ah tu.
aku siap lambai tangan, dia bukan nak balas. haha
nasib dia turun ground floor. aku turun tingkat 1. kalau turun tingkat sama. kang aku yang dekahdekah.
wadehel. takde lah lawak mana sebenarnya. aku yang SS. (syok sendiri)

malam, aku turun shah alam mall jap.
ada meeting sat. poyo ah meeting.
gangster aku (bapak aku a) dia nak amik jam tangan.

aku curicuri turun tingkat satu beli tokoyaki.
malas a aku nak cerita.
tapi ada abang hotdog '1901' tu pelawa kerusi untuk aku.
aku boleh pulak terjuling time tu.
blurr agaknya.
nak cakap terima kasih pun tak tekeluar dari mulut.
wadefish. malu sial.

beb, gua nak ngorok dulu sayang. byebye

Assalamualaikum wrh wbt.

Friday, February 5, 2010

dah lima minit aku pulun otak aku fikir tajuk untuk entri ni

Dah tiga hari aku berdukalara ni. Jarang aku merajuk lama lama. Paling lama pun setengah hari. Entah lah, setiap kali ayat tu terngiangngiang kat tilinga aku, airmata ni mengalir. Aku dah cuba sedaya upaya untuk taknak ingat ayat tu. Tapi, entah lah.

Anggap lah perasaan aku ni macam, ko bangun pagi, tibatiba ko kempunan nak makan Nasi Goreng Ayam mamak, ko bukak tabung buluh nampak sehelai not lima ringgit. ko usap usap lembut duit tu, tu je duit simpanan yang tinggal untuk ko pada minggu ini.

kemudian ko berjalan seratus lima puluh tapak ke Restoran Darul Ehsan, sesampai di sana ko order Nasi Goreng Ayam bungkus (sebab ko nak melantak dengan ghairah kat rumah), lepas Nasi Goreng Ayam bungkus ko sampai, ko bayar kat mamak kaunter, then ko belah dari restoran tu.

selepas berjalan seratus langkah untuk balik rumah, tibatiba ada brader-mana-ko-tak-kenal langgar ko dengan penuh 'bersopan santun' sehingga plastik berisi Nasi Goreng Ayam bungkus jatuh menyembah bumi. Dan kemudian terburai. Selamat empat ringgit lima puluh sen yang ko kena bayar untuk Nasi goreng ayam bungkus dikapankan. Dan Nasi Goreng Ayam bungkus ko takdapat nak melantak dengan ghairah.

Agak agak perasaan ko macam mana a kan? Ha, perasaan aku mungkin sedikit sebanyak berupa seperti itu. Cuma, lagi teruk.

_________________________________

Cerita tentang Sunway hari tu. Aku tonton Legion. Selepas dipaksa dengan ghairah oleh Razi. dan kemudian tambah dengan keseronokan melihat trailer Legion dalam You-tube. Sedikit sebanyak action dan bunyi bunyian yang dihasilkan dalam movie itu menggetarkan aku. Tetapi, unsur elemen dan message yang terdapat dalam muvi itu sukar untuk dipertikaikan. ada yang tak berapa nak logik ah. malaikat langgar suruhan tuhan ke benda alah merepek semua tu. tu je lah yang aku tak berapa nak terima. overall, action quite amazing.

Tak main arcade. Tak main boling. Lastlast makan mcD, gaduh tiga minit ngan hanis pasal 'sosial/antisosial' pe benda entah, beli DVD Ju-on yang baru, balik shah alam then lepak shah alam sampai sore. Agak hiba ah cerita aku kan. hmmmmmm

Roger and out.

Assalamualaikum wrh wbt.

Monday, February 1, 2010

You guys, any idea ?




Mata aku separuh tebuka, separuh tutup. kalau bentang bantal busuk dah lama aku ngorok dengan bahagia.


Nak gerak Sunway Pyramid esok pagi. tengok movie. main boling. main arcade. nak main lawan tembak ngan hanis. tak sabar rasanya aku. nak kalahkan hanis. selalu dia je menang. panas ah hati gua.
tapi tu plan je lebih. tak tau ah menjadi ke tak.


Aku rasa macam malas je nak menapak sana.
Sunway Pyramid tu tempat budakbudak sekolah menengah jaja muka.
Nasib esok budak sekolah, sekolah. Cerah sikit hidup aku.
Boleh buat Sunway Pyramid tu macam BAPAK aku punya mall. perh. Banyak cantik muka kau nadia.
Memang cantik pun. Ok, melampau ah puji diri sendiri.
Takpe, takde orang nak puji, baik aku puji sendiri. Hekhek, hek eleh.
Nak gerak KL, amirah pulak tak boleh. Hmmmm

Legion, Tooth Fairy, Adnan Sempit, Avatar.


Mana paling best ? Ada cadangan. Cepat beritahu aku cepat ! ;)


Macam tak sedih pulak aku hari ni

(entri ni sepatutnya untuk hari ahad bukan isnin)

English class, 0830 am. Aku terjaga dari tidur 0825 am. pfft!

Dengan perasaan yang sedikit hiba, bebelan ibu yang menerjah ke telinga. Gua sabar je lah. Mungkin salah aku jugak. Tak terjaga. Tidur lewat malam. Ibu paksa juga pergi kelas.

Aku pandang adik adik aku dengan se'selek-selek' yang mungkin. Biar diorang tahu hati gua panas macam mana. Ada adik tak guna. Bukan nak kejut aku pagi pagi. Subuh pun langgar. MasyaAllah.

Lain cirita, sampai fakulti aku sesat. Buat kawan satu minit nak tanya lif kat mana. "Korang, lif kat mana?" tanya aku.
"Oh, meh kita tunjukkan," kata itu perempuan. Senyum senyum. Cakap terima kasih. Dan belah.

Sampai kelas.
"Sorry class. There's a problem on the aircond. So, you all terpaksa menahan diri buat beberapa ketika... And I also have to close the door because, the sounds from the outside of the class will interupt our class if we're not closing the door," kata si pensyarah.

Takde aircond. Takde kipas. Pintu kena tutup.
Angin segar memang lansung tidak diberi peluang untuk masuk ke kelas aku. Damn, damn, damn.

Hati gua panas. Badan pun panas. Baju kurung gua lencun.
Macam baru lepas kena siram ngan sebaldi air peluh. Nasib bukan air liur basi. Lagi teruk. (ayat kau macam geli lah nadia)

4 jam habis aku rendamkan diri dalam kepanasan.
Lepas 4 jam. kelas pun tamat. (hari ni kelas ok gak a)
Aku keluar kelas macam ada rasa aircond kat luar kelas. Padahal takde pun. Nikmat. Neraka lagi lah panas. Nauzubillah.

Aku usha telefon bimbit. Bateri kong. Pilu sungguh.
Macam mana nak call mama papa mami papi aku?
Dengan tak segan pergi jaja muka minta fon orang.
Jumpa kakak catering. Muka baik. Hulur fon.
Akhirnya, dapat gak call mami papi aku.

Alhamdulillah.

p/s : yang pasti, baju kurung memang lencun.

Assalamualaikum wrh wbt.

Friday, January 29, 2010

Karipap

Kain jemuran semalam yang patut dilipat semalam masih lagi tersadai malas dalam bilik aku. Bila nak lipat pun aku tak tau. Pakaian dalam je yang lebih tu. Leceh nak lipat.

Aku dengan perasaan yang berbaur malas dan hiba segera mengorak langkah ke tingkat bawah. Sarapan apa hari ni ye? Awal pagi tadi tika aku baru sahaja membuka kelopak mata, bau-bauan nugget terjah menusuk ke dalam hidung aku. Hmm

Sampainya aku di tingkat bawah,

Ooo. KARIPAP.

Hari ni sarapan karipap lah bukan nugget. Macam mana lah boleh terlintas bau nugget tu dalam hidung aku? Hmm. Kempunan nugget kut.

Seketul karipap aku suapkan dalam mulut. Hmm, sedap.

Agak agak sorang berapa ketul eh? Hati aku celoteh.
Haaaaaaaaaaaaaaa makan je lah.

Dua ketul.. tiga ketul..

Dah stop.

Sekarang dalam pinggan tu tinggal seketul je. Macam mana aku nak jawab kat ibu nanti? Ayah dan Ain masih belum makan.

Tuesday, January 26, 2010

Aku kayuh punya ah berjela, tibatiba sampai jalan mati.


Pergi bukit cerakah, cycling.

Naik bukit punya ah tinggi. sekali turun bukit cenonet je. pfft!

Pergi mall lunch.

Pergi rumah amirah lepaking tengok movie.

Balik malam kena marah. T___T

_____________________

Penat gile kut cycling. dah a ashik sesat.

Air liur pun dah bertukar jadi air liur basi.

Pehh.